• High School
  • You don't have any recent items yet.
  • You don't have any courses yet.
  • You don't have any books yet.
  • You don't have any Studylists yet.
  • Information

CTU152 ( Group Assignment)

Penghayatan etika dan peradaban (ctu152), melaka international college of science and technology, students also viewed.

  • Sta group assingment - takde apa
  • STA Assignment - takde apa
  • ENT personal Assignment
  • Tutorial Chapter 2(A) - Question 2
  • 1. Sales Cycle - Citra Murni
  • Sample Format for Calculating Adjusted Income

Related documents

  • DAC3143 - Assignment - GOOD LUCK
  • Table TREE (DOS2123)
  • 2-bi-Hire-Purchase-Act-1967-as-at-30-7-2012 (1)
  • OCP yg terakhir - note as per referral
  • ELC Opinion - example
  • Opinion Essay Sample

Preview text

Tugasan laporan bertulis, ctu 152 penghantar etika dan peradaban, sesi akademik oct 2022, tajuk tugasan: tiga perkara dalam peruntukan, perlembagaan yang menjadi tolak ansur di antara orang, melayu dengan orang bukan melayu, no. program no..

  • DHIA QURRATUL AIN BINTISARIFFUDIN
  • NORSHAFIKA AMISHA BINTIRAMLI
  • NUR FARAH HUMAIRAHBINTI RAIHAN
  • NUR ADLIN BINTI MD ZAHID NAMA PENSYARAH

ENCIK MUHAMAD SYAHMI BIN MOHAMAD SANTOSA

Senarai kandungan, no. perkara muka surat.

1 Pendahuluan 3 2 Sejarah dan latar belakang kajian 4- 3 Perkara yang menjadi tolak ansur di antara orang Melayu dan orang bukan Melayu 3 Kedudukan istimewa orang Melayu 3 Agama Islam Agama Rasmi dan Persekutuan 3 Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

4 Kesimpulan 16 5 Rujukan 17-

2. SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang bertulis tertinggi rasmi negara. Isi-isi kandungan di dalam Perlembagaan Persekutuan ini amat penting dalam membentuk negara bangsa Malaysia. Sebelum kedatangan kolonial British, Tanah Melayu diperintah dibawah pemerintahan beraja yang bermaksud raja berkuasa mutlak. Pemerintahan beraja ini adalah berdasarkan undang-undang yang telah digubal oleh raja pada masa tersebut. Namun, setelah British tiba di Tanah Melayu, raja-raja diterima sebagai raja berdaulat. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, perlembagaan telah menjadi unsur yang sangat penting dan merupakan teras kepada negara kita yang sejahtera ini. Undang-undang yang telah digunapakai di beberapa negeri-negeri Melayu antaranya ialah raja sebagai pemerintah, rakyat perlu memberikan ketaatan kepada raja serta undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja. Terdapat beberapa undang-undang yang wujud dan telah digunapakai semasa zaman Melayu Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Undang-undang yang telah dinyatakan ini juga telah mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu yang lain. Undang-Undang bertulis yang telah digunapakai di negeri-negeri Melayu yang lain pula adalah Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor dan Undang- Undang 99 Perak. Pembentukan Perlembagaan Persekutuan adalah berasaskan nilai-nilai tradisi Kesultanan Melayu dan juga diserap daripada Undang-Undang Inggeris yang kemudiannya disesuaikan dengan nilai masyarakat tempatan agar kemuliaan agama Islam serta adat kemelayuan dapat dikekalkan. Sebelum kedatangan Barat, Tanah Melayu telah mempunyai undang-undang yang tersendiri yang berasaskan adat-adat orang Melayu. Undang-undang tersebut telah menjadi panduan

dan kawalan kepada raja-raja Melayu dan pembesar pada masa itu bagi menjamin kelicinan pentadbiran Tanah Melayu. Undang-undang negeri-negeri Melayu mengalami proses perubahan agar selaras dengan perkembangan masyarakat sehinggalah munculnya Undang- Undang British pada awal abad ke-19. Semasa pemerintahan British, negeri-negeri selat telah dikenalkan dengan Charter of Justice yang diambil dari undang-undang yang telah digubal di England. Bagi negeri Sarawak pula, mereka telah diperkenalkan dengan The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 yang menggunakan The Common Law of England manakala Sabah Application of Laws Ordinance 1951 pula telah digunakan di negeri Sabah. Pelbagai sistem pemerintahan telah dilalui oleh masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu sehinggalah berlakunya rundingan antara pihak British dan Raja-Raja Melayu serta UMNO yang akhirnya membawa kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pelbagai isu- isu penting seperti kedudukan istimewa orang Melayu dan isu kerakyatan telah dibincangkan dan akhirnya digunapakai dan disenangi oleh masyarakat Tanah Melayu. Bukan itu sahaja malah Perlembagaan Kemerdekaan 1957 turut diperkenalkan selepas kemenangan Parti Perikatan pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan ke London yang turut disertai oleh empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil daripada Parti Perikatan bagi menghadiri mesyuarat rasmi dengan kerajaan British. Hasil rundingan tersebut telah membawa kepada Perjanjian London. Hasil daripada kebijaksanaan dan ketegasan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu, negara kita akhirnya bebas daripada cengkaman penjajah Barat. Setelah kemerdekaan, Perlembagaan Malaysia 1963 telah ditubuhkan bagi menguatkan lagi perlembagaan yang telah dibentuk. Akhirnya, lahirlah Perlembagaan Persekutuan yang digunakan di negara kita pada masa kini dan buat selamanya.

Perkara 40 Perkara 40 telah memperuntukkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak untuk memastikan perizaban orang Melayu dan bumiputera Malaysia apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang Di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu. Berdasarkan Artikel 153 dan Perkara 40, sudah terang lagi bersuluh bahawa kedudukan istimewa orang Melayu itu merupakan sesuatu perkara yang telah dipersetujui oleh para pemimpin pada masa dahulu. Seperti yang telah dinyatakan diatas, perjanjian yang telah termeterai ini merupakan Kontrak Sosial. Namun, apa itu kontrak sosial? Kontrak sosial mengenai hak istimewa orang Melayu

Kontrak sosial merupakan janji-janji masyarakat yang pada asalnya digunakan untuk keteraturan masyarakat. Kontrak sosial menurut konteks negara Malaysia pula adalah lahir daripada perasaan Muhibbah dengan kesedaran masyarakat pelbagai kaum. Setelah melalui proses tolak ansur, toleransi dan persefahaman yang merangkumi perasaan muhibbah antara kaum, maka telah berlakunya rundingan mengenai hal ini sebelum negara bangsa Malaysia ini dibentuk. Hak istimewa orang Melayu ini merupakan antara salah satu perkara yang telah

dimeterai dan diisytihar dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara hak istimewa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menurut Perkara 89 dan Perkara 90 ialah kerajaan negeri boleh membuka tanah khas untuk orang Melayu dengan syarat, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan tanah bagi bangsa lain yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh melebihi luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu juga tidak boleh diambil untuk tujuan orang bukan Melayu.

Menurut sejarah permulaan kontrak sosial, Malayan Union merupakan titik tolak kepada perkara yang terangkum dalam kontrak ini. Hal ini kerana Malayan Union pada masa itu telah ditentang dan ditolak habis-habisan oleh orang Melayu kerana mereka berhasrat untuk mengenepikan kedudukan Melayu dan raja-raja Melayu. Selepas Malayan Union ditentang, maka bermulalah proses menggantikan Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang telah hangat diperbahas oleh penduduk Tanah Melayu pada masa itu. Maka, perkara-perkara seperti hak keistimewaan orang Melayu, kerakyatan dan kewarganegaraan mula dibincangkan dengan serius lalu membawa kepada penerimaan dan tolak ansur daripada pihak orang Melayu dan orang bukan Melayu. Perasaan muhibbah sesama kaum itu telah membuatkan hak keistimewaan orang Melayu itu dipersetujui dan diletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun pemberian hak istimewa orang Melayu ini tidaklah semudah yang disangka. Sebelum perkara ini dipersetujui oleh semua pihak, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini telah mendapat beberapa tentangan. Antara penentang yang lantang melontarkan ketidakpuashatian berkenaan isu ini ialah Tan Cheng Lock yang pada masa itu mempelopori All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA). Beliau telah menuntut hak politik sama rata dan juga tidak menyenangi kuasa menggubal undang-undang oleh Raja-Raja Melayu.

Perkara ini juga pada mulanya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak namun persoalan terhadap hak istimewa ini telah dibangkitkan oleh beberapa pihak selepas pindaan dan selepas berlakunya perang. Intihanya, perkara ini hendaklah dihormati dan tidak persoalkan lagi oleh mana-mana pihak. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menghormati Perlembagaan Persekutuan serta menghargai sejarah negara.

3 AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN PERSEKUTUAN

Islam dalam perlembagaan yang sering menjadi perbahasan umum bukan sahaja dalam kalangan orang Islam yang merujuk kepada orang Melayu tetapi juga antara orang Islam (Melayu) dan bukan Islam (bukan Melayu). Hal ini telah memberi kesan kepada suasana hubungan etnik di Malaysia, sekiranya hal ini tidak diberi perhatian ia akan mengakibatkan ketidakstabilan politik dalam negara. Kestabilan dan kerukunan perhubungan kaum di Malaysia bergantung kepada kesefahaman dan sifat tolak ansur antara kaum-kaum yang berbeza agama dan bangsa di Malaysia. Agama Islam dijadikan sebagai Agama Persekutuan disebabkan kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan Islam dalam bidang kuasa negeri. Memorandum Raja-Raja dan Usul Perikatan itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Penyemakan Cadangan Perlembagaan Persekutuan yang bersidang 22 Februari hingga 27 April 1957. Pada peringkat awal, Raja- Raja Melayu tidak bersetuju dimasukkan peruntukan ‘Islam sebagai agama bagi persekutuan’ dalam perlembagaan. Terdapat isu yang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja di atas bukan untuk menentukan sama ada Malaysia akan menjadi negara sekular atau tidak tetapi yang sebenarnya ialah terdapat hal yang dinyatakan dalam telegram Commonwealth Relations Office (CRO) pada 1 Mac 1957, menimbulkan salah faham tentang sikap yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mengenai persoalan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan di bawah perlembagaan baharu. Maka dengan itu perlulah ditegaskan bahawa Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berpendapat bahawa meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan tidak boleh dijalankan atas dua perkara iaitu seseorang Raja Melayu adalah ketua agama Islam di negeri masing masing yang kedudukan agama ini sudah dimasukkan ke dalam sisi perlembagaan. Keduanya, di bawah penyusunan

3 BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan juga mestilah ditulis dalam mana-mana tulisan sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang daripada parlimen. Dengan syarat bahawa, tiada sesiapa pun boleh ditahan mahupun dilarang daripada menggunakan bahasa selain bahasa rasmi, mengajar menggunakan bahasa lain serta belajar pelbagai bahasa lain. Tiada larangan untuk menggunakannya. Contohnya, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, menegaskan bahasa Mandarin adalah bahasa venakular untuk kaum Cina sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai bahasa dalam urusan rasmi kerjaan. Bahasa lain boleh digunakan untuk tujuan mengajar atau dipelajari. Dalam pada itu, tiada apa-apa jua dalam bahasa kebangsaan ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara serta meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa kaum lain di dalam Persekutuan. Dalam pada itu, peruntukan bahasa kebangsaan selama 10 tahun selepas Hari Merdeka, serta lain daripada itu, sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan setiap Negeri, dan segala maksud rasmi yang lain. Sebagai contoh, bagi urusan rasmi negara, tidak boleh bahasa selain bahasa Melayu kerana perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kontradiksinya, peruntukan bahasa kebangsaan selama 10 tahun selepas Hari Merdeka, dan selain itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen. Oleh hal yang demikian, segala Rang undang-undang yang perlu dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana Majlis Parlimen. Dalam pada itu, segala Akta Parlimen dan segala perundangan

subsidiari yang dikeluarkan daripada Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. Untuk dijadikan contoh, Kok Seong berkata, penggunaan bahasa Inggeris bagaimanapun perlu dilihat dalam konteks statusnya sebagai bahasa antarabangsa. “status bahasa Inggeris adalah lain, ia bahasa antarabangsa dan penggunaannya untuk tujuan diplomasi bagi urusan pihak di luar negara.” Namun demikian, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, mahupun Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, sekiranya Mahkamah dan peguam untuk kedua-dua belah pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang saksi gunakan tidak perlu direkodkan mahupun diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. “Justeru, ada alasannya jika kita menggunakan bahasa Inggeris kerana ia bahasa antarabangsa untuk berkomunikasi dengan pihak luar negara”, Kok Seong berkata. Walakin itu, segala prosiding Mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan mestilah dalam bahasa Inggeris. Secara tuntas, “maksud rasmi” maknanya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, juga termasuklah mana-mana maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Bagi memastikan bahasa Melayu terpelihara dari segi peranan dan fungsi, peruntukan yang berkaitan tentang bahasa Melayu telah dijadikan sebagai sebahagian daripada peruntukan penting dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Oleh itu, bahasa Melayu telah dipilih sebagai simbol jati diri warganegara Malaysia. Pada zaman British memerintah, bahasa Melayu hanya menjadi bahasa pengantar utama di sekolah vernakular Melayu. Sekolah vernacular etnik yang selebihnya pula menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Mandarin serta bahasa Tamil. Ini berpunca disebabkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah British ketika itu. Tetapi, apabila

4. KESIMPULAN

Akhir kalam, perlembagaan merupakan elemen yang sangat penting dalam pentadbiran. Ia bukan sahaja dapat melicinkan sistem pentadbiran negara malah menjadi tunggak kesatuan rakyat Malaysia. Tanpa perlembagaan, kita tidak akan dapat mencapai keharmonian dan kesejahteraan yang kita telah kita kecapi kini. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita hendaklah bersatu padu menghormati perlembagaan Malaysia agar dapat menjadi contoh dan dipandang tinggi oleh negara-negara yang lain. Kita juga haruslah sentiasa menghargai jasa-jasa yang telah ditabur oleh para pejuang dan pemimpin negara kita yang telah berusaha sehabis baik demi melepaskan kita daripada cengkaman penjajah. Ibu bapa wajarlah memainkan peranan dalam menyemai sifat cinta dan tanggungjawab dalam diri anak-anak sejak usia kecil lagi. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak-pihak lain juga seperti belia, guru-guru dan pemimpin negara juga perlu memberi kerjasama agar kesejahteraan negara dapat dikekalkan selama-lamanya. Rakyat yang bersatu padu serta pemimpin yang berkaliber dan bijaksana menjadi benteng pertahanan negara yang kukuh. Dengan ini, Malaysia tidak akan lagi ditindas oleh mana-mana pihak.

AB. AZIZ, PROFESOR DATUK DR. SHAMRAHAYU. KONTRAK SOSIAL: PENGIKAT

JATI DIRI BANGSA MALAYSIA MERDEKA. Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, p. 37, jpnin.gov. Accessed 16 Nov. 2022.

Saifol Nizam @ Irwan, Muhammad Zarfan Iqwan. “PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DALAM MENJADI TOLAK ANSUR DALAM ORANG ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU .” PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DALAM MENJADI TOLAK ANSUR DALAM ORANG ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU ., 24 July 2017, badenbadenbundle3b.blogspot.com/2017/07/peruntukan-perlembagaan-persekutuan. Accessed 16 Nov. 2022.

Zulkifli, Noraini. BINCANGKAN MENGENAI HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. academia/10537975/BINCANGKAN_MENGENAI_HAK_ISTIMEWA_ORANG_ MELAYU_DALAM_PERLEMBAGAAN_MALAYSIA. Accessed 16 Nov. 2022. PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG UNDANG MALAYSIA. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (CETAKAN SEMULA). 1 Nov. 2010.

BIN JESFIN AGANG @ MOHD SAIFUL AKHMAR ABDULLAH, MOHD FAKHRI FAEZI, et al. PERLEMBAGAAN MALAYSIA. 2018, p. 12.

(2018) Pengajian Malaysia. Available at: pengajianmalaysia22.blogspot/

  • Multiple Choice

Course : Penghayatan Etika dan Peradaban (CTU152)

University : melaka international college of science and technology.

contoh abstrak assignment ctu

IMAGES

  1. Abstrak CTU

    contoh abstrak assignment ctu

  2. CTU 101 Assignment

    contoh abstrak assignment ctu

  3. Contoh Assignment Ctu101

    contoh abstrak assignment ctu

  4. Contoh Assignment Ctu101

    contoh abstrak assignment ctu

  5. Abstrak

    contoh abstrak assignment ctu

  6. Abstrak ctu

    contoh abstrak assignment ctu